Bismillahhirrohmanirrohim... entry kali ini adalah puisi BINGKISAN BUAT HAWA dan BISIKAN CINTA PERTAMA versi video...harap kawan2 sume suke...tp dsebabkn background music blog akn mengganggu, sy nasihatkn, kwn2 sume trus view dr u tube....tq lupe lak nk ckp, video ni sy buat untuk pertandingan progrm dakwah kampus Universiti Malaysia Pahang, PRODAK UMP 2012 melalui video....tq,hehhe
WarKaH kE sYuRgA
Sunday, March 4, 2012
Ku layangkan warkah ini
Dalam kesamaran,
Dengan sekeping hati
Yang butuh ketakwaan,
Membawa jiwa yang tandus keimanan
Bersama rindu yang tak berkesampaian..
Jiwa ini tersentuh
Acapkali Al Quran dialunkan,
Bait bait ku hayati penuh keasyikan,
Hijaz, bayati, rast dan nahwan
Berlagu dialun penuh kecintaan,
Menggarap rindu yang telah lama kudambakan…
Terpanggil aku untuk mendekati
Dalam gagap kugagahkan diri,
Ya Allah, tenangnya rasa dihati,
Ku tinggal sebentar kefanaan dunia ini…
Jika dulu aku beribadah kerana desakan,
Tapi hari ini,
Ibadahku, kurasa kemanisan,
Jika dulu aku hidup dalam keseronokan,
Tapi hari ini,
Aku lalui dalam penyesalan..
Jika dulu kurasakan ibadahku satu bebanan,
Tapi hari ini,
Jika ku tinggal, ku rasa satu kezaliman..
Sekali lagi kulayangkan warkah ini
Dalam setiap esakkan doaku
Moga diampun dosa silamku
Moga warkahku didengari mu
Moga aku mendapat tempat di syurgamu
Bersama kekasihmu dan hamba-hamba
Yang diredhoimu…
Dengan sekeping hati
Yang butuh ketakwaan,
Membawa jiwa yang tandus keimanan
Bersama rindu yang tak berkesampaian..
Jiwa ini tersentuh
Acapkali Al Quran dialunkan,
Bait bait ku hayati penuh keasyikan,
Hijaz, bayati, rast dan nahwan
Berlagu dialun penuh kecintaan,
Menggarap rindu yang telah lama kudambakan…
Terpanggil aku untuk mendekati
Dalam gagap kugagahkan diri,
Ya Allah, tenangnya rasa dihati,
Ku tinggal sebentar kefanaan dunia ini…
Jika dulu aku beribadah kerana desakan,
Tapi hari ini,
Ibadahku, kurasa kemanisan,
Jika dulu aku hidup dalam keseronokan,
Tapi hari ini,
Aku lalui dalam penyesalan..
Jika dulu kurasakan ibadahku satu bebanan,
Tapi hari ini,
Jika ku tinggal, ku rasa satu kezaliman..
Sekali lagi kulayangkan warkah ini
Dalam setiap esakkan doaku
Moga diampun dosa silamku
Moga warkahku didengari mu
Moga aku mendapat tempat di syurgamu
Bersama kekasihmu dan hamba-hamba
Yang diredhoimu…
BiNgkIsAn BuAt HaWa
Thursday, March 1, 2012

Bismillahhirrohmanirrohim…
Hawa…
Hawa yang aku cari dalam melengkapi diri
Menutup kesunyian dalam kesepian
Melengkap kekurangan dalam aku kesorangan
Menutup satu pintu fitnah dikala berduaan
Membuka seribu jalan kebahagiaan
Menyusur langkah ke Jannah
Dalam kita berpimpin tangan….
Hawa
Peliharalah auratmu dikala bersua
Labuhkan hijab penutup dosa
Aku mengerti
Kita hamba mudah alpa
Goyah iman di buaian dunia…
Hawa, adakah kau lupa
Kau dipandang tinggi satu ketika
Tanganmu yang lembut
Bisa menggoncang dunia
Hawa
Peliharalah akhlakmu diakhir zaman
Banyak dugaan banyak pula cubaan
Kau diuji tanda kasih ilahi
Kau diuji tanda iman di hati
Jauhkanlah pasrah tatkala hati menjadi gundah
Rapatkan dahimu di tikar sejadah
Yakinlah yang terbaik dari Allah.
Hawa
Kau suri di dalam hati
Kau srikandi dibelakang suami
Kau tonggak keluarga hakiki
Jadilah dikau isteri sejati
Jadilah dikau ibu mithali
Yang pasaknya pada jujur
Sandarnya pada iman
Hatinya penuh ketakwaan…
BiSiKaN cInTa PeRtAmA
Wednesday, February 22, 2012

Cinta itu berbisik..
Menggamit setia sebuah kasih abadi,
Bertaut dalam sudut hati
Yang jauhnya sukar aku jangkau…
Aku terpesona dengan ciptaan ilahi
Sebentar aku hilang dalam lamunan…
Tersentak aku hiba
Terkilan rasa dihati
Saat tersedar aku dilamun
Keindahan bisikan cinta….
Adakah dosa bagiku Ya Allah…
Aku dibuai pesona wajahnya…
Terdetik kesal saat khilaf
Membuka mata…
Namun gelora jiwa ini terus membadai
Membawa helaian cinta
Yang aku sendiri tidak memahami kebenarannya….
Ya Allah…
Andai cinta ini anugerahmu
Andai cinta ini bisikan darimu
Andai cinta ini milikku
Peliharalah hati ku dan hatinya
Agar cinta ini bersemi
Di atas landasan Perjuangan islam..
Ya Allah
Aku redho mencinta
Dan dicintai
Jika ini ketentuan ilahi…
Akan ku simpan bisik hati ini
Sehingga harinya terpatri….
Dua jiwa bersemi...
TANGISAN DARAH ANAK SENJA
Monday, February 13, 2012
Aku anak senja
Lena dibuai sang dunia
Tanpa sedar bumi hancur dimamah manusia
Walhal warga kata ia tua dek masa…
anak senja ini punya mata dua
anugerah Dia sang pencipta
bumi sana riuh dek bencana
bumi sana riuh dek malapetaka
bumi sana riuh dek gempita
lantang bertempit suara kekejaman dunia
melulu laju hujan peluru
terpercik merah dikala hiba…
teriak itu makin lantang
bersuara garang
pinta kebebasan cemuh sebuah peperangan…
Aku anak senja
Bumi aku masih wujud perpaduan
Namun masih ada pertelingkahan
Anak senja ini gusar
Kekecohan berpanjangan
Anak senja ini gusar
Hilangnya kedamaian
Anak senja ini gusar
Tiada lagi senyuman
Hilai tawa hilang dalam peperangan
Doa aku pada tuhan
Tildak ku lupa pinta keamanan
Baik dibumi sana…
Lebih lagi tanah ku pijak..
Ya akulah anak senja…
Akulah anak Malaysia…
HaRi InI bUkAn SeMaLaM
Friday, December 30, 2011
akan ku tinggal sejarah berlalu...
biar yang lepas pergi...
biar suka ku bawa bersama...
biar yang pahit kutinggal tanpa ingatan..
akan ku bawa manis ini agar aku x lupa
kenagan yang pernah tercipta....
hati yang membukam tanpa tanda tanya...
terus menjadi persoalan..
takkan kurawat hati ini...
akan ku biar ia terus sepi bersama
hadiran lembaran baru...
ku biar Allah menjadi penentu segalanya...
ku biar Allah menghukum dosa lalu ku...
ku biar Dia menjadi cinta abadiku...
Ya Allah...hadirkan diriku
dengan semangat baru...
hadirkan diriku dengan cinta nan lalu...
pasakkan kan cintaku padamu Ya Allah..
aku menghamba pada Mu.,..
kukuhkan keimanan ku
teguhkan pegangan ku...
sesungguhnya...aku xkan berpaling..
~salam tahun baru masihi..tambah kecintaan kita pada agama..smoga kita memperbaiki diri kita dr masa ke masa....
TiRaI sEjArAh SeMaLaM
Sunday, December 25, 2011
emmmm.....entri kali ni mmg membosankn skit...sbb nye, skung nih ak demam stdy...stdy week la kn..so ak xde mse nk pk jiwang kn kpale aku..ak kne seting smule pale ak spye align dgn final yg da dekat....so ak cme nk msokkn puisi kemerdekaan yg dah ak menang mse seyembara puisi merdeka ump 2011...kputusan dye univrct bru umum 22/12 ari tuh....Alhamdulillah...ak menang 1st prize...RM 1.5K yaw....hehheheh....so trimalah... TIRAI SEJARAH SEMALAM
Semalam aku singkap tirai itu..
Berguguran bunga bangsa
Mulai rebah,
Mencium tanah tercinta..
Menjulang nama bangsa..
Menghunus pedang perwira…
Semalam aku singkap tirai itu..
Petualang bangsa lemah tiada bernakhoda…
Gemalai hiba…
Lemah melayang bendera merah itu..
Diganti kibaran kebanggaan tanah pusaka…
Lantas laungan MERDEKA menggegar tanah Malaya..
Semalam aku singkap tirai itu…
Tiada lagi penjajah Negara..
Hanya tinggal Negara merdeka..
Hari ini aku singkap tirai itu…
Berpeleseran anak bangsa mengejar dunia…
Mengejar keseronokan sementara…
Mengejar segenap kesementaraan yang ada…
Adakah kita masih dijajah???
Adakah kita masih dipenjara???
Adakah kita alpa???
Perjuangan orang lama..
Menagih kebebasan Negara..
Betullah kata pujangga..
Yang patah tumbuh yang hilang berganti..
Tetapi , yang tumbuh tak pernah sama..
Yang berganti tak pernah serupa…
Semalam aku singkap tirai itu..
Berguguran bunga bangsa
Mulai rebah,
Mencium tanah tercinta..
Menjulang nama bangsa..
Menghunus pedang perwira…
Semalam aku singkap tirai itu..
Petualang bangsa lemah tiada bernakhoda…
Gemalai hiba…
Lemah melayang bendera merah itu..
Diganti kibaran kebanggaan tanah pusaka…
Lantas laungan MERDEKA menggegar tanah Malaya..
Semalam aku singkap tirai itu…
Tiada lagi penjajah Negara..
Hanya tinggal Negara merdeka..
Hari ini aku singkap tirai itu…
Berpeleseran anak bangsa mengejar dunia…
Mengejar keseronokan sementara…
Mengejar segenap kesementaraan yang ada…
Adakah kita masih dijajah???
Adakah kita masih dipenjara???
Adakah kita alpa???
Perjuangan orang lama..
Menagih kebebasan Negara..
Betullah kata pujangga..
Yang patah tumbuh yang hilang berganti..
Tetapi , yang tumbuh tak pernah sama..
Yang berganti tak pernah serupa…
InDaH dI lUaR iNdAh Lg DaLaMnYa....
Friday, December 16, 2011

SERIUS..SAYA JEALOUS DENGAN AWAK!
Suatu hari aisyah sedang berbual-bual dengan shera dibawah rendang pohon yang redup…
Shera: mesti seronok kan dapat jadi awak?
... ... ...
Aisyah: kenapa pulak? (sambil membetulkan tudung labuhnya yang sedikit ditiup angin)
Shera: sebab awak adalah awak dan saya jealous dengan awak.
Aisyah: boleh saya tahu sebabnya?
Shera: sebab awak baik semacam...kalau solat awak khusyuk,solat sunat pulak selalu awak lazimi..baca Al-Quran awak fasih..siang awak Nampak gembira,bergelak ketawa,tapi malam saya selalu Nampak awak menangis di tikar sejadah..awak cantik,tapi awak sikit pun tak perasan awak cantik. Awak sangat humble. Muka awak tenang je..lembut,penuh dengan senyuman sampai orang tak puas tengok awak. Kalau nak buat ape2,mesti awak jaga niat..awak cuba faham semua orang dan baik dengan semua orang..mulut awak tak pernah lekang sebut nama ALLAH..semua awak bedal ‘subhanallah,Alhamdulillah,masyaALLAH,insyaALLAH’…semualah..sunnah rasulullah semua awak buat,satu pun takde yang awak tinggal..saya jelous sebab mesti ALLAH sayang awak..mesti rasulullah rindu awak..(berwajah sedih)
Aisyah: ooo..macam tu..kalau macam tu,sayalah orang yang akan lebih jealous dengan awak..
Shera: kenapa??( wajah itu terus berubah penuh tanda Tanya)
Aisyah: sebab awak ada cita-cita nak jadi baik macam saya. Bila ALLAH bagi awak hidayah dan awak betul2 grab, awaklah orang yang paling beruntung saat itu. Masa tu, ALLAH ingat awak. Kalau awak baca Al-Quran gagap2, ALLAH gandakan pahala dengan usaha awak tu lebih. Awak lagi cantik dan humble dari saya sebab awak rasa saya cantik dan tak rasa diri awak lagi cantik. Awak selalu jaga niat jugak, niat awak nak buat baik dan menuju kearah kebaikan. Awak juga selalu faham orang lain sebagaimana awak sedang fahami saya sekarang. Kalau mulut saya selalu sebut nama ALLAH,tapi hati awak mesti selalu tersentak dengan nama ALLAH. Saya tahu sebab awak selalu perhati bila saya sebut nama ALLAH..saya lagi JELOUS dari awak..sebab ALLAH lebih ingat dan sayangkan awak lebih dari saya.rasulullah mengalukan awak untuk mengingati baginda. Betul2 SAYA JEALOUS DENGAN AWAK…
Kata2 prof tariq ramadhan ““I don’t care what u are doing, but I respect who u are.u know why?because maybe who u are tomorrow will be better than who I am today..
NoTes HuJUnG sEm BuAt TeMaN2 kUh...
Sunday, December 11, 2011

berkaca titisan hujan mulai membasah...
membungkus jiwa ini dengan kebisuan yang melanda....
aku mulai hilang dalam
keasyikan sementara...
detikan rentak hujan seakan memahami kebisuan ini....
aku melangkah diam...
mengharungi perjalanan berliku tanpa sokongan....
terdetik saat suka dalam berteman....
memori indah sepanjang perjalanan....
akan ku bawa cebisan tinta ini
dalam menemani saat sepi...
ku tinggalkan sejarah semalam
sejarah bersama dalam berteman...
aku pasti ini penghujungnya...
penghujung yang x penah aku pinta...
x juga aku rela...
namun aku sentiasa mendoakan kejayaan kalian....
semoga Allah merestui pertemuan dan perpisahan..
setangkai kemaafan ku pinta sepanjang perkenalan.....
bangunlah teman...aku percaya ada Allah sbg sokongan...
penggnti diriku yg daif lg dalam kehinaan....
CiNtA iSlAm CiNtA HaKiKi
Friday, December 2, 2011

kadang kadang kita leka dan lupa untuk bertanya...sejauh mana sayang kita pada islam... setinggi mana martabat islam yg kita julang.. kita hanya mampu mendabik dada mengaku kita islam..tapi tiada tindakan mengangkat maruah nya yang tebilang... saban hari kita lihat islam semakin suram dan hiba...islam yang dulu telah mencipta bnhyk kejayaan, ratusan ilmuan, dan bertimbun karya-karya rujukan...kini telah dinamakan semula dngn nama-nama barat,,,...di mana kita yg spatotnya meneroka dan berbangga dngn kejayaan lama...kita hanya mampu membawa islam pd sekeping kad pengenalan....itukah islam yang kita faham..ak malu melihat saudara seislam terkapai dan terbengkalai dalam mengejar cinta dunia...Ya Allah ampunilah hambamu yg leka dek buaian fatamorgana dunia.....Ya Allah dekatkan kami dengan cintamu,..pautlah kami dengan agamamu....semoga tidak kami jatuh dalam kebinasaan mu...
Subscribe to:
Posts (Atom)




