Puisi Cinta Tepi Jalan: Sebuah Karya Usang

Monday, November 17, 2014

Assalamualaikum...
lelah mengejar dunia, semakin usang aku tinggalkan catatan ini..
Beban semakin menarik bahu, tanggungjawab semakin menuntut haknya,
lelah ini hanya sempat aku membukukan catatan lama di perjalanan ini.
Hadiah terakhir buat semua, Puisi Cinta Tepi Jalan: Sebuah Karya Usang, boleh dimuat turun secara percuma di Play Store.

Akan ku sambung catatan ini bila masanya berseru nanti. Semoga aku ada masa. Semoga aku ada rindu dan cinta untuk dicerita. Sekian dari aku, insan hina bermadah jiwa.
Syafiq Wahab.





Mungkinkah????

Sunday, September 29, 2013

Kelam malam beransur reda,
Hadir purnama melampias serakan cahaya,
Mungkin hadirnya diperintah
Dan mungkin juga lumrah.
Aku masih kaku,
Terpaku dengan intaian malam yang kian suram,
Bimbang sinar yang ada
Mati sebelum aku bisa bersedia...
Mungkinkah???

Bumi ini terus berpusing,
Dan aku masih kaku berdiri,
Syukur tidakku rebah memutar paksi,
Syukur bulan yang hilang diganti mentari,
Cahaya yang semalamnya pudar,
Hari ini kembali berseri,
Jalan yang semalamnya samar,
Hari ini jelas bererti..

Merekalah mentari
Sahabat yang hadirnya,
Mengisi hati,
Mendukung cinta ilahi..

Sungguh kasih bersaudara
Tidak dibatasi lenggok bicara,
Tak tetpisah rantau benua,
Tak tethalang dialek kata kata..
Mungkinkah esok bisa bersua lagi?
Yang pasti ingatan mungkin sampai mati...
Sungguh syukur aku mencemburui cinta mereka pada Allah,
Kenakalan gurauan menambat rindu yang bercambah,
Lihatkan mereka bertambah cinta akan Allah..
Mungkinkah?

'Sweet'nya Allah

Wednesday, September 11, 2013


'Sweet'nya Allah

 Kadang2 kita terjaga dr tidur tgh2 malam sbb nak buang air besar, air kecil, lapar dsb sbnarnya Allah kejutkan kita bertahajud untuk kita meratap pdNya. Kita ja xprasan..sweet kan?

 Kadang2 tu pulak kita marah doa kita xdimakbulkan, malah Ujian yg slalu Allah bagi, kita cakap Allah menyusahkan kita padahal Allah nak didik kita istiqamah dan sabar..sweet kan?

 Kadang2 tu pulak kita usaha bagai nak rak nak dapat dekan la lulus cemerlang la, tapi at the end of the day result still sama, kita call parents mengadu padahal sepanjang sem kita xpnah tanya khabar parents kita..sweet kan, Allah peringatkan kita tu...

 Kadang2 juga kita terfikir knapa Allah xbagi kita kesenangan macam orang lain dapat, kdg2 terpaksa ikat perut, kdg2 kita jalan kaki ke kelas, kdg2 kena kejar anjing, tapi kita xprasan kdg2 dlm setiap kesusahan tu bibir kita terkumat kamit berzikir mengingat Allah, mgkin bila kita senang kita lupa untuk buat semua tu..sweet kan Allah, Dia jaga cinta kita..auwww

 Kadang2 kita cemburu dengan kebolehan orang lain sampai kita benci dengan diri sendiri, padahal Allah saje xnak tunjukkan potential kita tu, Allah nak kita cinta diri sendiri dan cari potential tu, malah Allah nak jaga hati kita dari penyakit hati seperti riak dan takabur. Allahhuakbar.. sweetnya Allah kita kan??

 Nampak tak, igt manusia ja boleh sweet2.. siapa kata cinta dengan Allah ni tak boleh nak manja manja, xboleh nak sweet2 bagai..kadang2 kita jauh lupakan Allah tapi Allah still berSweet2 dengan kita. Lagi kita berbaik sangka dengan ketetapan Allah, lagi sweet la Allah dgn kita..

Percikan Aurora Ukhwah

Tuesday, June 18, 2013

Insmartif: Percikan Aurora Ukhwah

Bersama mereka,
Susur hiba malam terasa berwarna,
Bercahaya dalam liku perjalanan,
Teman kala sendirian,
Kerana mereka aurora,
Bibit cinta pandang pertama,
Sekali pandang terus terleka,
Keasyikan warna warna jalinan persahabatan
Dalam kepimpinan, kesukarelawan
Dan bimbingan(kaunseling).
Bersama menaikkan nama,
Bukan ingin disanjung bangga,
Namun ikhlas demi agama, anak bangsa pemimpin negara.

Bersama mereka
Hadir aurora bahagia,
Sedang dikata sukar ketemu,
Kelak pasti bersua juga, bertatap mata,
Di jannatul ma’wa,
Bersama mereka ukhwah tercipta,
Ikhlas kerna yang maha esa,
Kita bersua kerana Dia,
Berpisah jua atas namaNya.

Bersama mereka
Pelukan keluarga jelas terasa,
abang kacak bergaya, kakak cantik jelita
adik adik cun belaka,
saling menegur tatkala alpa,
bersama sama hingga ke syurga.

Bersama mereka
walau pertama kali bertatap mata
hati pasti merindu jua
setiap program yang ada
pasti semua ingin turut serta
saling mendukung gerak kerja
hingga lelah tidak terasa.

NUKILAN BERSAMA: Mia Mira & Syapit Wahab

Sebahagian Dari Bahagia Milik Bersama

Thursday, May 16, 2013

Keluarga Fasilitator Insmartif
Bahagia???
tidak pernah wujud definisi tepat melafaz maknanya,
secangkir senyum dalam hiba tawa,
walau hiba, jelas pancarnya senda bersama..
lelah mendefinisi
hanya kebodohan yang padu,
bertungkus mengejar bahagia dalam makna.
aku bukan dungu,
bahagia aku menjengah dalam rindu,
berpusat pada longgokan cinta persahabatan,
merekalah sahabat,
merekalah keluarga,
merekalah insan yang mendifinisi bahagia
bukan pada catatan buku,
tapi pada coretan kenangan bertalu.

jika semalam wujud pertengkaran,
bercanggah lidah dalam pertemuan,
bukanlah pemati satu kebahgiaan,
tapi pengerat satu perhubungan..
kita bukan pendefinisi bahagia buat kita,
tetapi,
biar persekitaran merungkai bahagia.
kerana itulah bahagia yang sebenar.
ingat,
bahagia bukan bila kita berdiri dan senyum bila sendiri,
tapi,
bahagia bila kita duduk sendiri dan diundang tawa mereka yang pernah bersama,
kerana
Sebahagian Dari Bahagia Milik Bersama.

Antara Cinta, Hati dan Iman

Sunday, April 28, 2013

Bismillahhirohmanirrohim..

Assalamualaikum cinta,
aku sebarkan naskah ini
dalam menghurai makna cinta, hati dan iman.
bukan namanya insan jika tidak mengharap cinta,
bukan namanya insan jika tidak bernafsu rindu.
cinta itu suci,
mengapa perlu dikeruh nafsu??
biarlah cinta itu hadir melalui Allah,
cinta yang bisa menggoncang 2 jiwa,
namun masih berlandas pegangan agama,
cinta yang hadirnya sekadar mengetuk hati ke jalan Allah,
bukan yang singgah menepis iman
kecundang di pinggiran jannah.

kebimbangan ini semakin bertambah,
bimbang hati dikocak nafsu,
melebuh rindu yang berpanjangan..
adapun cinta melingkar hati,
tiada jaminnya jannatul ma'wa,
jika ikatannya masih samar ditelan waktu,
sabarlah cinta,
iman ini masih tinggi harganya,
tidak tergadai dibeli cinta.

bimbang lunak suara di penghujung rindu merembat iman setipis kulit bawang

Kerana Mereka Permata Insyirah

Sunday, March 24, 2013

Seindah gelarnya 'Permata Insyirah',
penyeri tawa setiap yang memandang,
penghibur duka setiap yang bertandang,
dengan nakal keanakan,
dengan kasih sayang dan
ciuman belaian.
Ya, mereka benar benar,
Permata Insyirah,
permata yang jarang sekali
merasa kesenangan,
jarang sekali dibelai pelukan
keibuan,
namun mereka
permata kelegaan hati
si pemandang-Insyirah.

Kepala ini pernah jatuh
terlena di pangkuan keibuan,
badan ini pernah selesa dikendong perasaan
kebapaan,
namun, pernahkan permata ini
merasa secebis nikmat kekeluargaan,
aku pinjamkan ribaan ini
buat lena si permata,
aku pinjamkan pelukan ini
buat dakapan si permata,
aku pinjamkan kekuatan ini
buat mendokong dan mengundang tawa
anak anak permata.

Saat anak anak kecil lain berhibur,
bersenda disamping keluarga,
permata ini juga mampu tersenyum
dengan keikhlasan insan insan
yang tidak lokek berkongsi rezeki tuhan,
alangkah besar ganjarannya,
bibir ini masih mampu tersenyum
untuk anak anak permata,
walau sesekali mutiara mata mengalir kesedihan,
disembunyi hiba untuk gembira si permata.

Bukankah yang namanya permata itu berkilau???






















Rumah Anak-Anak Yatim Permata Al-Insyirah Kuantan
LOt 2/11478, PerKampungan Sungai Isap 2, Jalan Gambang , 25150 Kuantan



Setiap sumbangan cek hendaklah ditulis atas nama
Permata Al-Insyirah BANK ISLAM 06082010002562

Jika ada sebarang pertanyaan, undangan ke majlis atau sumbangan boleh hubungi :
Haji Jamaludin Bin Mohd Saleh - 013-9282004
Ustaz Hamdan Yusi Bin Yusuf - 013-9388044
Ustaz Abas Bin Dolah - 013-9226141
Ustaz Zahir Shah Bin Zahid Shah - 019-9898900

Alhamdulillah

Thursday, January 3, 2013

Assalamualaikum.... tiada kata yang dapat mengambar suka bila hati dirundum gembira. perkara normal la kan...cuma Alhamdulillah berulangkali bibir mengetap, memanjat syukur di atas kurniaan akal yang sihat serta minda yang x pernah putus dengan ilham. setelah lamanya menunggu, akhirnya berkunjung tiba, bagai pungguk yang setia merindu bulan namun bukan bagiku menjadi hiba, kerana padi yang ditanam menjadi beras bukan usang berbunga lalang. sempena menyambut kemerdekaan yang ke 55 baru2 ini, Universiti Malaysia Pahang telah menganjurkan sayembara penulisan pantun 6 kerat bagi menggarap bakat bakat bakal engineer dalam bidang penulisan dan sastera melayu...so, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, sudah bekas berisi air masakan dicurah begitu sahaja. aku pon hantar la 2 puisi yang aku buat n the result is i got 4th place..hoho.. tahon lepas tempat pertama, RM1500 kot dapat, thon ni keempat dpt RM250 jer..tp still valuable ok... bukan senang nak dapat duit skrang ni..hehehhe...so terimalah....

Doa Buat Malaysia

Rapi anyamnya sarang lelabah,
Terbang kumbang tersangkut kakinya,
Jangan diharap dapat berlalu,
Dari Perlis sampai ke Sabah,
Tanah subur kaya buminya,
Negara aman bersatu padu.

Jika terbang si kupu kupu,
Pasti singgah di pohon bidara,
Bertenggek pula di tepi titi,
Jika dulu Tanah Melayu,
Kini Malaysia setelah merdeka,
Pesat mambangun serata negeri.

Kuning kuning padi kami,
Tumbuh subur di petak sawah,
Datang pipit bersarang pula,
Aman damai Negara kami,
Sudahlah bebas dari penjajah,
Hendaknya kekal selama lamanya.

Tumbuh menjalar duri semalu,
Terjerat kaki tersadung pula,
Boleh diambil dibuat tali,
55 tahun masa berlalu,
Teguh berdiri di mata dunia,
Mencipta nama mengharum pertiwi.

Mudik ke hulu mengidam sepat,
Turun menjala di lubuk haruan,
Dapat pula si anak kelisa,
Tanah kebanggaan jutaan rakyat,
Hasil juangan sekalian pahlawan,
Jangan pula di sia sia.


MANA HILANGNYA PERWIRA???

Tinggi menjulang tegak berdiri,
Hidup serumpun bayu menyapa,
Rumpunan bambu hijau menawan,
Jasad pergi tinggalkan negeri,
Niat dihati menabur jasa,
Budi dikenang keakhir zaman.

Gerbang bambu hiasan di taman,
Tampak redup berbayang-bayang,
Teduhan mandi tuan puteri,
Jika bukan jasamu pahlawan,
Usahkan hidup bersenang-senang,
Hirup keamanan jauh sekali.

Lenggang lenggang si tari lenggang,
Tari menari sembah puteri,
Berkipas dayang kiri dan kanan,
Sayang sayang Malaysiaku sayang,
Negara aman berdaulat duli,
Dijulang namamu tinggi ke awan.


Bingung dayang menghibur puteri,
Diri merindu putera jiwa,
Hancur luluh hati gundah,
Pergi wira tidak berganti,
Mana bukti cinta setia,
Mata sedar minda dijajah.

Ketemu jua sang putera,
Melepas rindu kasih dan sayang,
Menguntum senyum bibir puteri,
Tiadakah lagi darah perwira,
Mana hilang semangat pejuang,
Membela bangsa memakmur pertiwi.

Tenang tenang hijau daunan,
Dua jiwa bersatu megah,
Kelak bahagia hati berdua,
Bebaskan jiwa duhai watan,
Jika minda terus dijajah,
Kelak tiada pemacu Negara.

Esok dan Kepastian

Tuesday, January 1, 2013



Bismillahhirrohmanirrohim....

Bergegas jiwa muda
merobek cebisan usia
melangkah dan terus melangkah
mencari jalan keluar dari gelita,
walau suluhannya tampak cerah 
di ufuk dunia,
tangganya masih beribu,
titiannya masih berbatu..
tiada yang lebih mudah dari kata kata,
lontarnya seperti racik kertas
yang tiada bernota,
kosong...

Yang jauh itu cabaran,
sabar sukar itu dugaan,
tiada bermilik kesenangan
dalam berpeluk tubuh kaku,
jangan diangan kemewahan,
jangan diimpi kebahagiaan,
jika diri masih lemah,
masih buntu dengan dunia,
masih lalai dinoda jiwa...

#FinalExamUMP #GoodLuck 

Mampukah Lagi Aku

Wednesday, November 21, 2012
















mampukah lagi aku
berdiam memeluk tubuh
melayan nafsu keasyikan dunia
sedangkan titisan luka sedang ghairah
membasuh bumi mereka,
aku bukan pejuang,
juga bukan pemerintah dunia,
sekadar manusia,
yang hiba takkala
jiwa muda dimamah sengsara,
anak anak kecil itu seakan
memahami tanah mereka diratah kekejaman manusia.

mampukah lagi aku,
menutup kupingan telinga,
memalsukan kebisingan dunia,
tidak,
coretan kata juga bisa menjadi nakhoda,
memasang keazaman dalam kebisuan,
meniup semangat dalam kebuntuan,

tidak ku mampu
menghala senjata, 
membedil setiap inci kezaliman
yang menghimpit dirimu saudara,
dari kejauhan mengutus doa
buat kesejahteraan saudara seagama.

Ya Allah
kerdil diri ini menunduk malu
memohon petunjuk dalam merentas masa hidup,
memohon kebaikan dalam merentas masa azab,
memohon kebahagiaan dunia akhirat,
tidak dilupa saudara dalam gundah,
yang mana bumi sedang ditimpa musibah,
yang mana bumi sedang diratah penjajah,
yang mana buminya sedang merah dicurah darah,
bantu mereka Ya Allah, sesungguhnya kami bersaudara.
fisabilillah~