BuAt DiA(Selamat Hari Guru)

Wednesday, May 16, 2012

Dia
Dia yang lama menungnya,
jauh dilontar fikirannya,
memikir masa depan anak bangsa,
melakar gemilang anak didiknya,
senyum diukir tatkala didiknya
melonjak bangga,
kejayaan dalam genggamnya...

Dia
Dia yang dulunya mendidik,
mengupas ilmu buat murid,
didiknya memacu negara,
didiknya mahasiswa berjaya,
didiknya menghembur kata,
melontar idea bijaksana....
ada juga yang kini duduk sebangku dengannya...
Tapi dia masih teguh,
bersemangat waja,
berkereta lama,
melampias ilmu mendidik bangsa...

Dia
Dia menyuntik ilmu
tanpa meminta balasnya,
mengajar aku erti dewasa,
buat aku mampu bersuara,
dalam menghargai setiap jasa,
tiada bernilai wang dan harta,
tinta ini tanda ingatan tak dilupa,
Dialah guru,
Guru yang aku cinta,
Guru yang aku hargai untuk setiap
titisan ilmu yang bergenang diminda....

"SELAMAT HARI GURU CIKGU-Pasti Badrul Huda(96/98)-SKHH(99/04)-SMKPP(05/07)-SMTSP1(08/09)-KMP(10/11)-UMP(11/15)"





3 comments:

akubiomed said...

Bagus ada anak murid yang meraikan guru-guru mereka.

Denaihati said...

Askm. semoga berjaya dl pelajaran, berbaktilah pada guru, insyaAllah diberkati Allah.

Yas y said...

selamat hari guru....

Post a Comment