Sebahagian Dari Bahagia Milik Bersama

Thursday, May 16, 2013

Keluarga Fasilitator Insmartif
Bahagia???
tidak pernah wujud definisi tepat melafaz maknanya,
secangkir senyum dalam hiba tawa,
walau hiba, jelas pancarnya senda bersama..
lelah mendefinisi
hanya kebodohan yang padu,
bertungkus mengejar bahagia dalam makna.
aku bukan dungu,
bahagia aku menjengah dalam rindu,
berpusat pada longgokan cinta persahabatan,
merekalah sahabat,
merekalah keluarga,
merekalah insan yang mendifinisi bahagia
bukan pada catatan buku,
tapi pada coretan kenangan bertalu.

jika semalam wujud pertengkaran,
bercanggah lidah dalam pertemuan,
bukanlah pemati satu kebahgiaan,
tapi pengerat satu perhubungan..
kita bukan pendefinisi bahagia buat kita,
tetapi,
biar persekitaran merungkai bahagia.
kerana itulah bahagia yang sebenar.
ingat,
bahagia bukan bila kita berdiri dan senyum bila sendiri,
tapi,
bahagia bila kita duduk sendiri dan diundang tawa mereka yang pernah bersama,
kerana
Sebahagian Dari Bahagia Milik Bersama.

0 comments:

Post a Comment