Percikan Aurora Ukhwah

Tuesday, June 18, 2013

Insmartif: Percikan Aurora Ukhwah

Bersama mereka,
Susur hiba malam terasa berwarna,
Bercahaya dalam liku perjalanan,
Teman kala sendirian,
Kerana mereka aurora,
Bibit cinta pandang pertama,
Sekali pandang terus terleka,
Keasyikan warna warna jalinan persahabatan
Dalam kepimpinan, kesukarelawan
Dan bimbingan(kaunseling).
Bersama menaikkan nama,
Bukan ingin disanjung bangga,
Namun ikhlas demi agama, anak bangsa pemimpin negara.

Bersama mereka
Hadir aurora bahagia,
Sedang dikata sukar ketemu,
Kelak pasti bersua juga, bertatap mata,
Di jannatul ma’wa,
Bersama mereka ukhwah tercipta,
Ikhlas kerna yang maha esa,
Kita bersua kerana Dia,
Berpisah jua atas namaNya.

Bersama mereka
Pelukan keluarga jelas terasa,
abang kacak bergaya, kakak cantik jelita
adik adik cun belaka,
saling menegur tatkala alpa,
bersama sama hingga ke syurga.

Bersama mereka
walau pertama kali bertatap mata
hati pasti merindu jua
setiap program yang ada
pasti semua ingin turut serta
saling mendukung gerak kerja
hingga lelah tidak terasa.

NUKILAN BERSAMA: Mia Mira & Syapit Wahab