LuKisAn AlAm

Monday, May 28, 2012














Disebalik tangisan unggas,
tersembunyi rahsia alam,
merangkak pergi hiruk pikuk kota,
beransur datang suara ketenangan,
bingkis rindu kampung halaman
sedikit terubat,
dek lagu alunan hutan,
suara alam itu seakan tahu,
sekilas dihati cinta buatnya
tidak pernah hilang...

Denai denai kecil melungsuri perjalanan,
membawa jiwa yang rindunya,
jarang jarang terubat,
tidak terusik hijaunya,
tidak tercemar jernihnya,
setiap zarah kebesaranNya masih di sana,
bertambah cinta ini dengan keagungan
dan kebesaranNya..

Deru itu membawa bayu,
melampias kesegaran,
membasuh rindu,
menanam keyakinan,
mengulit aku dengan nikmatnya...
sesungguhnya perjalanan ini
atas redhoNya,
buat aku menghargai setiap
ciptaanNya..

Tidak ternoktah gambaran alam,
lukisnya sempurna,
derunya,
unggasnya,
hijaunya,
flora dan faunanya,
Ya Allah, indah sungguh ciptaanmu...





5 comments:

ernie k.z said...

aku tggu kau bawak aku gi sini..

Syafiq wahab said...

hahahah....hri tue ajak pg xnak...nk balik tgok mmber kawen, kn da mlepas....besttt....huehuehue

ernie k.z said...

nak wat cmne wehhhh..dah sahabat yg kawen..kne laa dtg..lgipun da jemput.. xkire lain kali kau kene bwk aku g sini..

Syafiq wahab said...

hahhahah...ni mesti kes jeles tgok gambaq aku yg superb muperb tu kn...hahahhaha

ernie k.z said...

ehhhhh.. mane ade jelessss.. hishhhh xmainlaaa nk jeles2 ni.. haha aku mmg suke air terjun ok! cantek!

Post a Comment