PrOgRaM dAkWaH kAmPuS 2012 UMP

Sunday, March 18, 2012

Bismillahhirrohmanirrohim... entry kali ini adalah puisi BINGKISAN BUAT HAWA dan BISIKAN CINTA PERTAMA versi video...harap kawan2 sume suke...tp dsebabkn background music blog akn mengganggu, sy nasihatkn, kwn2 sume trus view dr u tube....tq lupe lak nk ckp, video ni sy buat untuk pertandingan progrm dakwah kampus Universiti Malaysia Pahang, PRODAK UMP 2012 melalui video....tq,hehhe



WarKaH kE sYuRgA

Sunday, March 4, 2012


Ku layangkan warkah ini
Dalam kesamaran,
Dengan sekeping hati
Yang butuh ketakwaan,
Membawa jiwa yang tandus keimanan
Bersama rindu yang tak berkesampaian..

Jiwa ini tersentuh
Acapkali Al Quran dialunkan,
Bait bait ku hayati penuh keasyikan,
Hijaz, bayati, rast dan nahwan
Berlagu dialun penuh kecintaan,
Menggarap rindu yang telah lama kudambakan…

Terpanggil aku untuk mendekati
Dalam gagap kugagahkan diri,
Ya Allah, tenangnya rasa dihati,
Ku tinggal sebentar kefanaan dunia ini…

Jika dulu aku beribadah kerana desakan,
Tapi hari ini,
Ibadahku, kurasa kemanisan,
Jika dulu aku hidup dalam keseronokan,
Tapi hari ini,
Aku lalui dalam penyesalan..
Jika dulu kurasakan ibadahku satu bebanan,
Tapi hari ini,
Jika ku tinggal, ku rasa satu kezaliman..

Sekali lagi kulayangkan warkah ini
Dalam setiap esakkan doaku
Moga diampun dosa silamku
Moga warkahku didengari mu
Moga aku mendapat tempat di syurgamu
Bersama kekasihmu dan hamba-hamba
Yang diredhoimu…

BiNgkIsAn BuAt HaWa

Thursday, March 1, 2012



Bismillahhirrohmanirrohim…
Hawa…
Hawa yang aku cari dalam melengkapi diri
Menutup kesunyian dalam kesepian
Melengkap kekurangan dalam aku kesorangan
Menutup satu pintu fitnah dikala berduaan
Membuka seribu jalan kebahagiaan
Menyusur langkah ke Jannah
Dalam kita berpimpin tangan….

Hawa
Peliharalah auratmu dikala bersua
Labuhkan hijab penutup dosa
Aku mengerti
Kita hamba mudah alpa
Goyah iman di buaian dunia…
Hawa, adakah kau lupa
Kau dipandang tinggi satu ketika
Tanganmu yang lembut
Bisa menggoncang dunia

Hawa
Peliharalah akhlakmu diakhir zaman
Banyak dugaan banyak pula cubaan
Kau diuji tanda kasih ilahi
Kau diuji tanda iman di hati
Jauhkanlah pasrah tatkala hati menjadi gundah
Rapatkan dahimu di tikar sejadah
Yakinlah yang terbaik dari Allah.

Hawa
Kau suri di dalam hati
Kau srikandi dibelakang suami
Kau tonggak keluarga hakiki
Jadilah dikau isteri sejati
Jadilah dikau ibu mithali
Yang pasaknya pada jujur
Sandarnya pada iman
Hatinya penuh ketakwaan…