Alhamdulillah

Thursday, January 3, 2013

Assalamualaikum.... tiada kata yang dapat mengambar suka bila hati dirundum gembira. perkara normal la kan...cuma Alhamdulillah berulangkali bibir mengetap, memanjat syukur di atas kurniaan akal yang sihat serta minda yang x pernah putus dengan ilham. setelah lamanya menunggu, akhirnya berkunjung tiba, bagai pungguk yang setia merindu bulan namun bukan bagiku menjadi hiba, kerana padi yang ditanam menjadi beras bukan usang berbunga lalang. sempena menyambut kemerdekaan yang ke 55 baru2 ini, Universiti Malaysia Pahang telah menganjurkan sayembara penulisan pantun 6 kerat bagi menggarap bakat bakat bakal engineer dalam bidang penulisan dan sastera melayu...so, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, sudah bekas berisi air masakan dicurah begitu sahaja. aku pon hantar la 2 puisi yang aku buat n the result is i got 4th place..hoho.. tahon lepas tempat pertama, RM1500 kot dapat, thon ni keempat dpt RM250 jer..tp still valuable ok... bukan senang nak dapat duit skrang ni..hehehhe...so terimalah....

Doa Buat Malaysia

Rapi anyamnya sarang lelabah,
Terbang kumbang tersangkut kakinya,
Jangan diharap dapat berlalu,
Dari Perlis sampai ke Sabah,
Tanah subur kaya buminya,
Negara aman bersatu padu.

Jika terbang si kupu kupu,
Pasti singgah di pohon bidara,
Bertenggek pula di tepi titi,
Jika dulu Tanah Melayu,
Kini Malaysia setelah merdeka,
Pesat mambangun serata negeri.

Kuning kuning padi kami,
Tumbuh subur di petak sawah,
Datang pipit bersarang pula,
Aman damai Negara kami,
Sudahlah bebas dari penjajah,
Hendaknya kekal selama lamanya.

Tumbuh menjalar duri semalu,
Terjerat kaki tersadung pula,
Boleh diambil dibuat tali,
55 tahun masa berlalu,
Teguh berdiri di mata dunia,
Mencipta nama mengharum pertiwi.

Mudik ke hulu mengidam sepat,
Turun menjala di lubuk haruan,
Dapat pula si anak kelisa,
Tanah kebanggaan jutaan rakyat,
Hasil juangan sekalian pahlawan,
Jangan pula di sia sia.


MANA HILANGNYA PERWIRA???

Tinggi menjulang tegak berdiri,
Hidup serumpun bayu menyapa,
Rumpunan bambu hijau menawan,
Jasad pergi tinggalkan negeri,
Niat dihati menabur jasa,
Budi dikenang keakhir zaman.

Gerbang bambu hiasan di taman,
Tampak redup berbayang-bayang,
Teduhan mandi tuan puteri,
Jika bukan jasamu pahlawan,
Usahkan hidup bersenang-senang,
Hirup keamanan jauh sekali.

Lenggang lenggang si tari lenggang,
Tari menari sembah puteri,
Berkipas dayang kiri dan kanan,
Sayang sayang Malaysiaku sayang,
Negara aman berdaulat duli,
Dijulang namamu tinggi ke awan.


Bingung dayang menghibur puteri,
Diri merindu putera jiwa,
Hancur luluh hati gundah,
Pergi wira tidak berganti,
Mana bukti cinta setia,
Mata sedar minda dijajah.

Ketemu jua sang putera,
Melepas rindu kasih dan sayang,
Menguntum senyum bibir puteri,
Tiadakah lagi darah perwira,
Mana hilang semangat pejuang,
Membela bangsa memakmur pertiwi.

Tenang tenang hijau daunan,
Dua jiwa bersatu megah,
Kelak bahagia hati berdua,
Bebaskan jiwa duhai watan,
Jika minda terus dijajah,
Kelak tiada pemacu Negara.

0 comments:

Post a Comment